Thursday 1 December 2011

kehidupan


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. 



Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. 

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. 

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai. 



Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Friday 25 November 2011

Apa khabar jodohku

Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Saturday 5 November 2011

oohhh finalllll....

assalamualaikummm
yes is time for me too study buttt
emmmm i'm so lazy write nowwwww
ok...
i need a friends to teach me right now
i think i loss everythings
yahhh thats right
i loss my identity right now
i don't who i ammm
i just need a person to recognize me rightt now...
to back up meee
pleasee....
yesss right now......
emmmm
ok thats all

Friday 14 October 2011

arggghhhhh

emmm npe aq nie diperlukan utk blajar shje
npe aq hanya dpat melihat apabila mereka berseronok
n npe aq yg hrus ditinggalkan keseorang
why me????

yes is you...
you know you attitude right....
emmm aq jge ingin berske ria tetapi mreka hnye utk suke2
stu hri akan ade yg igin mengingatimu dan memerlukanmu
hanya masa yg menentukan nya.....
emmm xpe...
aq hnye tmpat korang blajar n memahami ilmu...
emmmm xpe is up to other to judge me.... right...sbar ye.....


*luahann hti.... =(

Wednesday 21 September 2011

manusia

asslamualaikum

setiap ihsan pasti ade masalah dgan manusia
wlaupun ihsan itu adalah manusia

so skank mood menyampah larhh ngan sikap
manusia yg ske mengenepikan org yg berada di samping nya

just reminder ever human has a palace in earth yaaa

hanya utk berkongsi bersama


Six Ways To Earn Even After Death.



I got an interesting little knowledge to share with you guys. Thought it might be beneficial for us as muslim kan? Maybe some of you have already read about this, well it doesn't matter =) Kalau yang dah tahu, anggaplah ia sebagai reminder, dan kalau yang belum tahu, anggaplah ia sebagai ilmu. Selamat beramal =) 

Six easy ways to earn even after death 
  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain. This is just some part of it =) Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan ini.

Monday 29 August 2011

slamat hri rye

assalamualaikum...
kpda pembace blog sye mengucapkan slamat hri rye 
maaf zahir dan btin.
maklumlah setiap ihsan pasti ade melakukan salah dan silap
oleh itu pada blan berbahgia ini same2 larhh kte bermaafan
*hahahha otak tgah jem pakai rembat je ayat yg mne igat
hahah
assalamualaikummm......!!!!!!!!!!!!!!!
=)

Friday 26 August 2011

ohhh ok

assalamualaikum..
perghhhhh berhabuk plus da lame kowt x tulis coz malas n xde mse
heeee
phammm je larhhhh
ok im study at KPMB
ohh ape tuuuu
Kolej profesional mara beranag heee
ok pham!!!!










ok nie classmate aq heee
hahaha
dlam kls nie ade 27 org
laki ade 5 n prempuan slebih nyer
heeee
ok tu je......




Friday 17 June 2011

matrikss!!!!


assalamualaikummm...
ok aq 2 hri je kat sne
sbb da xthan dohh...
hee
yelarhhh
nak hdup kat snie msti larhh ko kene power
emmmm =.='
spe x ternganga apbila bru je msuk ditnye soalan bertubi-tubi mcm aq
nie da lame msuk plak.. hee
but hidup dsitu ok n good..
yelarhh bru je msuk da stu wing da mcm membe baekkk
hahahha
just the study je xtahann
tu larhhh spe sruh wat keputusan terburu-buru
kan da kene
tpi hdup 2 hri kat sne mmg byak mengajar larh kan
yelarhhh aq nie bru je msukk pgi mlm da start study padahal
bkan msuk klas lgii plus msuk je da ad assingment 5 -6 kene hntar miggu dpan
dgan tutor nyer lgi, kuis 4 plajarn.. 3 minggu lgi exam prtengahan.. spe x gile weiii!!!!!!
so im know hom bdak matriks hdup
hee ok
lpas nie aq nak wat diploma plak!!!!
so yg nie aq kne usaha btul2 yelarhh
xkan nak blah lgii.. hee
ok sory gmbar roomate xde larhh
xsmpat dohhh...
yelarhh bgun kul 6 klas start kul 8
hbis kul 5..
blik je kene bli mkan.. naik btu caves pastu msuk bilik trus bsuh bju,
solat, makan.. da sttle smua tido smpai kul 6...
bdak wing aq nie plik skit... kul 6 je maen futsal
bdak wing laen mne de ..  hahhaha
ok lpas magrib study... psti isyak bnti skjap
pastu smbug smpai kul 2 or 3...
bdak2 nie mne reti tido awal in case
lau mmg da x tahan...
hahahahha
ok lpas nie wat diploma akaun
so this one i want try my best..!!!!
ok asalam
*wing maksudnyer aras.. and aras ade 2.. stu aras A stu aras B... and aq aras A












Wednesday 18 May 2011

salam terakhir

Sudirman

Salam Terakhir 

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir












kepada rakan yg msuk blaja sye mohon maaf jika terkasar bhase
tersalarh budi bicara... biase larhh manusia bkan smua nyer sempurna kan???
ok... gud luckkk to youu... smoga berjaya dgan kerjaya dan bidang yg diceburi
ok jgan lpe sye ye????
ok bye assalamualaikummm...


Sunday 8 May 2011

HARI IBU

ASSALAMUALAIKUM
selamat hri ibu!!!!
kepada smua ibu diseluruh dunia
sesungguhnyer byak pengorbanan
yg telah ibu berikan kpda kite



"Allah telah mengeluarkan kamu dr perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui suatu apapun, dan dia memberimu pendengaran,penglihatan & hati,mudah2an kamu berterima kasih padaNya..." (An-nahl:78)
( heee cilok skit dri bdak tuuu auww jgan mrah )



ok
bye
selamat hri ibu
assalamualaikum




Friday 6 May 2011

IPTA

emmmm
nak wat mcm mne...
smua da x dpat...
yg dpat kolej profesional mara je
emmm
cost dip akaun
so pegi je larhhh
ad hikmah smua nyer nie...
mungkin ni yg terbaek utk dri sye
ok bye....

Thursday 21 April 2011

secebis untuk dikongsi bersama

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.
Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.
Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
maksudnya:
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)[Al-Shams 91: 7-10]
Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?
Pilihan semasa hidup susah.
Pilihan semasa hidup senang.
Semasa susah kita tiada banyak pilihan.
Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.
Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?
Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.
Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.
Di dalam telaga, Yusuf diuji.
Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.
Hidup adalah ujian.
Firman Allah:
maksudnya:
“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu);  Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]
Benar!
Itulah saat paling genting buat Yusuf.
Diuji dengan pilihan.
Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!
Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.
“Datanglah kepadaku” kata wanita yang digelar Zulaikha itu.
“Aku berlindung dengan Allah!” itulah jawapan Yusuf.
Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH  adalah TUHANKU!
Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!
Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.
Sidang Jumaat sekalian,
Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.
Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?
Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!
maksudnya:
Daripada Ibn Masoud radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]
Malu yang datang dari Iman.
Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!
Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?
Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.
Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.
TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma.
maksudnya:
Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.
Sedarlah!
Kawallah!
Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.
Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.
Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.
Jangan banyak memberi alasan.
Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.

Monday 18 April 2011

menunggu!!!!

assalamualaikum
eeemmmm
nie prkare yg aq asik aq kene wat
asik2 kene ikowt org g dating
adoyai~ ssah larhhh
heee
maklum larhhh kene jdi bodyguard org an
lpas sorang
sorag lgi ajax aq g tman date
heee
tah bile plak aq nak g date nie
heeee
but for me is ok lau nak tman org
gi date
tpi lau aq yg g date
heeee
sorag je larhhhhh
mne lehh ajax yg laennn
ssah nnti
heee
ok2
bye
assalaumalaikum
hapy slalu =)

Sunday 17 April 2011

ahad yg bosan

assalamualaikum
hye!!!!
tah npe aq rse bile tibe hri ahad je bosan
hahhaha
plik larhh aq nie...
tpi mmg btul un bile time hri ahad je aq x thu nak wat pe, nak g mne, nk jumpe spe
heee
lau kluar un klu ad org ajax
lau x tido jelarhhh hahahhaha
smpai mak aq un bsing
'ko nie da mcm ape tah duk kat umah, g kluar larhhh'
hahhaha
sampai mak aq sndri halau kowt suhhh kuar
heee
so tdi aq kuar jumpe membe2 yg ajax tuuu
so xde larhh bosan sgat....
but when it comes on sunday
ohhhh
aq nie mcm org gile larhhhhhh
kcau org sne snie
hahha
lau kene tangkap mesti diorg hntar tanjung rambutan nyer
heee
ok =) bye
salam!!!!

Saturday 16 April 2011

assalamualaikum

hai nme sye khairi, sye sbnarnyer x ske nak wat bende mcm nie n cerita pasal sye kat org heee
tpi disebabkan seseorg nie sye terpakse larhhh wat kan hee
thanx to her larhhhh
ok i try my best utk update blog nie ye
ok!!!!!